; .:: OUM Johor ::.

Pages

Subscribe

Monday 30 January 2012

Karnival Sukan OUM 2012 Wilayah Selatan

Karnival Sukan OUM 2012 Wilayah Selatan akan diadakan pada 17 dan 18 Februari 2012 (Jumaat dan Sabtu) di Pusat Pembelajaran Johor anjuran bersama Pusat Pengurusan Pelajar (CSM) dengan Pusat Pembelajaran Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Objektif Program :
  1. Memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar
  2. Membina suasana pembelajaran yang sihat dengan tubuh badan yang cergas
  3. Menjadi ruang mencungkil bakat dan potensi pelajar
  4. Mewujudkan jalinan setiakawan dan silaturrahim antara pelajar dan staf universiti


Jenis sukan yang dipertandingkan ialah :

Futsal (Lelaki/Wanita)
8 ahli dalam satu pasukan dengan yuran penyertaan sebanyak RM 50 / pasukan

Bola Jaring (Wanita)
7 ahli dalam satu pasukan dengan yuran penyertaan sebanyak RM 50 / pasukan

Bowling
4 ahli dalam satu pasukan dengan yuran penyertaan sebanyak RM 50 / pasukan

Dart
4 ahli dalam satu pasukan dengan yuran penyertaan sebanyak RM 20 / pasukan

Karom
4 ahli dalam satu pasukan dengan yuran penyertaan sebanyak RM 20 / pasukan

Ping Pong
4 ahli dalam satu pasukan dengan yuran penyertaan sebanyak RM 20 / pasukan

klik pada gambar untuk besarkan

Untuk borang penyertaan sila hubungi,
  1. Pentadbir PP Johor
  2. Pentadbir PP Melaka
  3. Pentadbir PP Negeri Sembilan
Tarikh tutup penyertaan dan bayaran ialah pada 3 Februari 2012. Semua pelajar dijemput untuk menyertai dan meriahkan Karnival Sukan OUM 2012 Wilayah Selatan.
Baca Selanjutnya / Read more ....

Tuesday 8 November 2011

Hari Terbuka OUM Bersama Menteri Pengajian Tinggi

Pada 12 November 2011, Sabtu jam  9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di OUM Johor, Stulang Laut Johor Bahru, satu program hari terbuka akan diadakan. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Y B Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Diantara acara menarik pada hari tersebut adalah peluang untuk bertemu dengan Angkasawan Negara, Y B Dato' Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha serta mendengar ceramah daripada beliau.

Banyak lagi acara menarik pada hari tersebut antaranya prebiu Program Sepanjang Hayat bersama Institute of Professional Development (IPD) OUM dan permainan untuk dewasa dan kanak-kanak.Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menghadiri hari terbuka tersebut.
Baca Selanjutnya / Read more ....

Saturday 22 October 2011

Kursus Microsoft Office - Microsoft Word 2007/2010



Pada hari ini, Sabtu 22 Oktober 2011, satu kursus jangka pendek, Microsoft Office  - Word telah dijalankan di OUM PP Johor Bahru. Seramai 20 peserta telah mengikuti program tersebut yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar OUM dan mereka  yang ingin mempelajari Microsoft Word dengan lebih  lanjut. Program ini dikendalikan oleh Encik Norazlan Nordin. Tutor OUM Johor yang juga merupakan "Certified Trainer" Microsoft Office. Semoga dengan mengikuti program ini, para peserta akan dapat memperbaiki pengetahuan  mereka mengenai Microsoft Office, khususnya Word. Satu lagi program akan dijalankan pada 29 Oktober 2011, iaitu Microsoft Excel dan Power Point 2007/2010. Segera mendaftar !
Baca Selanjutnya / Read more ....

Monday 19 September 2011

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Pusat Pembelajaran Johor Bahru.

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri akan diadakan pada hari Ahad , 25 September 2011 dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari di Pusat pembelajaran Johor Bahru. Majlis perasmian akan dijalankan pada jam 10.15 pagi oleh tetamu undangan. Pelajar, Tutor, Fasilitator, Staf dan masyarakat setempat dijemput hadir. Diantara aktiviti yang di rancang adalah pemberian sumbangan kepada kanak-kanak disekitar Johor Bahru, pemberian cek kepada  waris pelajar dan lain-lain lagi.
Baca Selanjutnya / Read more ....

Wednesday 20 July 2011

SUKAN SANTAI OUM JOHOR 2011

Pengarah OUM Johor sedang melakukan "gimmick" pelancaran.

Belon "gimmick" pelancaran berjaya disumpit oleh Pengarah OUM Johor

Para peserta sedang berentap dalam permainan karom
Pada 16 hb Julai 2011, OUM Johor dengan kerjasama Kelab Pelajar telah mengadakan acara Sukan Santai OUM Johor 2011. Berbagai acara di jalankan antaranya karom, ping pong dan dart. Acara untuk kanak-kanak juga diadakan.Gerai-gerai jualan juga turut dibuka.

 Seramai lebih kurang 80 peserta telah hadir dalam acara tersebut yang terdiri daripada staff OUM, para pelajar , tutor dan orang awam .Adalah diharapkan dengan penganjuran aktiviti sedekimian dapat memeberikan para pelajar ruang untuk beriadah, merapatkan silaturrahim disamping mempraktikkan apa yang dipelajari di bilik kuliah. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat didalam menjayakan program tersebut.
Baca Selanjutnya / Read more ....

Sunday 15 May 2011

Bengkel Kemahiran Belajar & Bengkel Kemahiran Maklumat

Bengkel Kemahiran Belajar & Bengkel Kemahiran Maklumat diadakan di dewan serbaguna di tingkat Mezanine  pada 15 Mei 2011 jam 8.00 pagi. Seramai lebih kurang 100 orang pelajar-pelajar baru menghadirkan diri ke bengkel ini.


Aturcara Program

8.00 - 8.30 pagi
Pendaftaran Kehadiran

8.30 - 9.00 pagi
Pengenalan kepada OUM
oleh En. Abdul Rahim Bin Mohamed Amin, Pengarah PP Johor

9.00 - 9.30 pagi
Modul 1 Open And Distance Learners
oleh En Norazlan Nordin, Tutor PP Johor

9.30 - 10.00 pagi
Modul 2 Optimizing myVLE
oleh En Norazlan Nordin, Tutor PP Johor

10.00 - 10.30 pagi
Rehat (Jamuan Minum Pagi)

10.30 - 11.00 pagi
Modul 3 Passage To Success
oleh En. Abdul Rahim Bin Mohamed Amin, Pengarah PP Johor

11.00 - 11.30 pagi
Pengisian Borang Survey

11.30 - 1.30 tengahari
Bengkel Kemahiran Maklumat di makmal komputer (tingkat 1)
oleh Puan Ruzita, Chief Librarian OUM KL











Baca Selanjutnya / Read more ....

Tutor Meeting

Taining, Re-Training for Tutors and Facilitators briefing for the upcoming semester was conducted on the 14th May 2011 at 5.00pm. The main objective of the event is to introduce all new Tutors and Facilitators to their colleagues and to brief them on all operationals and administratives with regard to the tutorial sessions. 

Tutors were briefed on how to conduct an effective tutorial session and the approach and preparation before, during and after the session. About 100 tutors attended the session with six new Tutors presents. The session ended  with module collection and light refreshment.



Baca Selanjutnya / Read more ....

Sunday 8 May 2011

Sesi Pendaftaran dan Pengambilan Modul Semester Mei 2011

Sesi Pendaftaran dan Pengambilan Modul Semester Mei 2011 telah bermula pada 3 hingga 8 Mei 2011 di OUM Johor secara "non-event" bagi mengelakkan kesesakan pada waktu kemuncak. Pelajar-pelajar senior lebih selesa membuat urusan pendaftaran mengikut tarikh yang bersesuaian.

Impak daripada perubahan pendaftaran secara "non-event" adalah suasana pendaftaran lebih terkawal dan sesuatu urusan dapat diselesaikan dengan lebih sistematik.




Baca Selanjutnya / Read more ....

Friday 6 May 2011

Open Market



There are a few questions from public regarding this "Open Market" entry. We would like to inform that it refers to students who have minimum requirements for admission of any programme which are determined by OUM.

It consists of normal and flexible entry. Normal entry is based on the academic qualification meanwhile the flexible entry is based on learning experience and/or knowledge relevant to the programme applied for.


Baca Selanjutnya / Read more ....